Archives

Berwaspada dengan usia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Program Mentor-Mentee

Hubungan antara guru dan pelajar perlu dipereratkan agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lebih teratur.Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

Guru - guru membimbing pelajar yang kadang kadang dikenali dengan bahasa yang mudah sebagai anak angkat.Segala aspek pembelajaran pelajar ini di ambil perhatian oleh mentor atau ibu bapa angkat.Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru - guru dalam proses mentor mentee yang fokus utamanya membimbing,memberi semangat dan mendorong pelajar - pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Tugas Pegawai B&K

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan B&K.
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan B&K sekolah melalui kajjian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  • Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat B&K kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  • Mengelola dan melaksanakan aktiviti B&K Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  • Merancang, melaksanakan dan mengawalselia aktiviti perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, STPM.
  • Merancang, menyediakan dan memdedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan peljaran di IPT tempatan dan luar negara.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung B&K, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  • Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebaginya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan B&K sekolah.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan B&K di sekolah.
  • Memberi khidmat kaunseling kritis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
  • Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  • Menjadi AJK dalam majlis Perancang Sekolah.
  • Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
  • menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.