Tugas Pegawai B&K

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan B&K.
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan B&K sekolah melalui kajjian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  • Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat B&K kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  • Mengelola dan melaksanakan aktiviti B&K Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  • Merancang, melaksanakan dan mengawalselia aktiviti perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, STPM.
  • Merancang, menyediakan dan memdedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan peljaran di IPT tempatan dan luar negara.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung B&K, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  • Merancang, melakasana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  • Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebaginya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan B&K sekolah.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan B&K di sekolah.
  • Memberi khidmat kaunseling kritis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
  • Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  • Menjadi AJK dalam majlis Perancang Sekolah.
  • Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
  • menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply