Bengkel “Skor A” UPSR, PMR, SPM untuk Sekolah-sekolah PINTAR UEM Land

Melalui polisi CSR UEM Land yang memfokuskan kepada pendidikan dan pembangunan komuniti setempat, UEM berjaya menganjurkan dan menjalankan salah satu program utama iaitu Program Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2008.

Program tersebut membabitkan 12 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah program PINTAR UEM Lang di sekitar Gelang Patah dengan kerjasama daripada Berita Harian yang dikenali melalui program seperti Didik, Minda dan Skor

Objektif utama UEM Land menganjurkan program berkenaan adalah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. Selama 3 minggu berturut-turut, bengkel kecemerlangan pelajar dijalankan dengan mengkhususkan subjek-subjek utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Siri Bengkel itu dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia bermula dengan Bengkel PMR pada 5-6 April, kemudian Bengkel SPM pada 12-13 April dan diakhiri dengan Klinik UPSR pada 19-20 April.

Pelajar yang menghadiri bengkel berkenaan sangat gembira dan berpuas hati kerana berpeluang menyertainya sekaligus berpendapat program seperti itu perlu diteruskan untk waktu akan datang. Majlis ringkas penyampaikan sijil penyertaan dirasmikan oleh En Rusli Zainal Abidin, Pengurus Besar, Perancangan Bandar dan Infrastruktur Bandar Nusajaya Sdn Bhd mewakili UEM Land Berhad.

http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru/sekolahpintarnusajaya/

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply